BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 10, 2009

Air mata seorang Pensyarah


Air Mata seorang pendidik


Beberapa hari yang lepas, ana dan dua sahabat baik ana iaitu Aisyah dan Adilah menemuramah seorang pensyarah yang pernah mengajar kami bagi subjek Sejarah "Pemikiran Islam". Sebenarnya kami bertiga sedang buat kajian bagi salah satu subjek wajib Universiti (PPU).

kami seronok sekali dapat berdamping secara dekat dengan insan yang amat berjasa ini. persoalan demi persoalan kami tujukan kepadanya. "Apa harapan ustazah pada pelajar-pelajar ustazah??"ana bertanya padanya. Dalam diam, tiba-tiba je air matanya yang jernih mengalir di pipi lalu disapunya. kami saling berpandangan. Sambil tersenyum dia menjawap: "saya berharap student-student saya berjaya, apa yang penting mereka mesti tahu apakah matlamat hidup yang sebenar. tugas kita atas muka bumi ini adalah sebagai hamba dan khalifah, jadi kita kena mainkan peranan kita." Sambil air matanya mengalir lagi.

"Kadang-kadang student ni datang lambat ke kuliah..bila di tanya kenapa, alasannya tidur". dia seolah-olah kecewa dengan sikap student yang datang lewat ke kelas. "Saya nak lihat student saya semuanya berjaya jadi insan yang berguna..taat pada agama dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. tiada yang paling membahagiakan melainkan bila melihat anak didik berjaya. Bila kamu menjadi seorang guru kamu akan dapat merasainya.." Begitulah luahan hati dan harapan seorang pendidik. Mereka sama seperti ibubapa kita, hanya mahu melihat kita berjaya dan bahagia.........

Tuesday, September 1, 2009

Pelik??

"Pelik tak?.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila
dibawa untuk membeli-belah

Pelik tak?.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton TV


Pelik tak?.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang
di panggung

Pelik tak?.. Susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau
solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila
bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Pelik tak?.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan
waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Pelik tak?..Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi
majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.

Pelik tak?.. Orang berebut paling depan untuk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling
belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat
keluar.

Pelik tak?.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita, tapi untuk acara lain seperti
menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual
kita boleh diubah.

Pelik tak?.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.
Pelik tak?.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa
harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan
apa-apa.

Pelik tak?.. Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir
dua tiga kali..

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
glitter-graphics.com

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Misattribution & Transfer of excitation

Kuliah kali ini ana belajar satu topik yang menarik ”Emosi Dalam Membuat keputusan”.Emosi kita sebenarnya memberi kesan dalam membuat keputusan.

Misattribution satu istilah yang menarik bagi ana. Ia bermaksud kesilapan dalam menganggap. Biasalah dalam hidup ini dengan mata kita dapat lihat macam-macam kadang-kadang kita buat kesilapan dalam menganggap seseorang. Ana juga pernah buat kesilapan ini, hanya menilai seseorang dari luaran tapi hakikatnya tanggapan ana salah sama sekali. Sebab itulah dalam Islam ia mengajar umatnya konsep husnu zan.
Mudah untuk saya katakan kalau orang berwajah masam dan tidak senyum itu seorang yang garang, angkuh dan sebagainya. Namun apabila ana mendekati dan menegurnya, dia adalah seorang yang peramah dan lemah lemah lembut bila berkata-kata. Rasa bersalah pula jika berlaku demikian.
Sebenarnya misattribution bahaya juga, kita kena berhati-hati bimbang ia akan mengundang dosa dan ia adalah salah satu penyakit hati. Dalam apa-apa hal jika kita tidak tahu perkara sebenar jangan mudah buat tanggapan yang melulu, husnu zan mesti diterapkan dalam diri agar kesilapan ini tidak berlaku.

Ana pernah juga kena tempias Transfer Of Excitation, rasa sedih sangat bila kena marah lebih-lebih lagi jika mereka yang bergelar kawan atau sahabat yang memarahi ana sedangkan ana tidak buat salah, sakit hati kat orang lain, orang lain pula yang kena haba kemarahan itu... Rasa macam nak lari jauh-jauh dari mereka dan kalau boleh tidak mahu berjumpa lagi. ( rasa je...tapi tak lari, walau macamana pun sahabat kita..kita kena hargai kehadirannya..)

Banyak orang banyaklah ragamnya, ada yang tidak boleh kawal emosi sehingga orang lain pun turut jadi mangsa. Sebab itu pentingnya sabar, sifat marah ni kalau tidak dikawal boleh mengundang pelbagai kemungkinan. Ana paling tidak suka orang yang panas barang, boleh jadikan ana stress.kita kenalah jadi seorang yang bijak dalam menguruskan emosi. Jadikan Rasulullah S.A.W role model, seorang yang penyabar walaupun dihina diherdik, seorang yang pemaaf tidak cepat marah. Ya Rasulullah sungguh mulia akhlakmu.

Sunday, August 30, 2009

Coretan Buat Bakal Isteri

Hari berganti hari..sungguh cepat masa berlalu..umur makin meningkat..ajal semakin dekat..namun apakah kita sudah bersiap??..apapun semoga hati kita sentiasa tenang mengingati Allah S.W.T walau apa jua keadaan..walau di mana jua kita berada..jauh daripada kelekaan..ingatlah dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali..sama-samalah kita saling ingat-mengingati..

Ana tertarik dengan satu coretan yang di tulis oleh seorang hamba Allah yang bergelar Musafir Hidayah, tulisannya bertajuk “Coretan Buat Isteri”. Bagi mereka yang selalu membuka web iluvislam mungkin sudah membacanya. Kepada penulis ana minta izin untuk memaparkan semula coretan yang menarik ini ke dalam blog ana sebagai santapan bagi mereka yang belum membacanya...


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

"
glitter-graphics.com

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik, begitulah maksud firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat 26. Jodoh, ajal, rezeki, syurga atau neraka tempat kita hanya Allah yang tahu. Tidak perlu kita mengejar ke sana-sini untuk mencari cinta manusia sehingga sedikit demi sedikit maruah kita terhakis. Yakinlah bahawa Allah telah tetapkan segala-galanya untuk kita..sama-samalah kita menjauhkan diri dari melakukan perkara yang sia-sia...


glitter-graphics.com

Friday, August 21, 2009




Alhamdulilah...tidak sangka tahun ini kita masih lagi berpeluang untuk menghidu haruman Ramadhan dan menghirup manisan ibadah puasa...syukurilah kerana masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah dan berpeluang merebut berbagai bonus di bulan mega ini..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..hargailah pemberian Allah yang tidak ternilai ini..

Friday, August 14, 2009

Buta Hanya Pada Mata

Baru-baru ini ana telah menghadiri majlis konvokasion kakak ana di Kuin Kedah. susasana cukup meriah di tambah dengan gerai-gerai jualan..gema alunan nasyid yang menenangkan..ana mengambil kesempatan untuk bersua rupa dengan sahabat ana yang telah sekian lama tidak berjumpa. Dia juga membuka gerai jualan dengan menjual pakaian yang beraneka pilihan...

ana hanya duduk melihat pelbagai gelagat si pembeli sambil tersenyum...selang beberapa ketika, datanglah sepasang suami isteri yang buta. Mereka dipimpin oleh anak lelaki mereka, kelihatan budak lelaki itu hampir sebaya dengan adik lelaki ana dalam lingkungan 14 tahun..ana memerhatikan mereka dengan penuh perhatian dan hati ana mulai berkata-kata tanpa suara..

"Duhai anak...sungguh baik budi pekertimu..engkau sentiasa menemani ibubapamu yang buta..mengheret ke sana sini"..ibunya ingin membeli kain tudung bawal berlian..satu persatu anaknya memberitahu warna-warna kain tudung yang ada di situ..ibunya dan ayahnya menyentuh dan mengusap-ngusap kain-kain tersebut sambil menanyakan harga...

"Abang! yang ini cantik"..katanya isterinya. "Ya cantik..sesuai kalau awak pakai.." balas suaminya. " yang ini harganya rm 48.."sahabat ana mencelah. Serentak suami isteri bertanya:"dah tak boleh kurang??"boleh..rm 45." kata sahabat ana. kedua-dua suami isteri tersebut mengusap-ngusap kain tersebut..ana kaku melihat mereka..sayu..rasa insaf hadir serta merta.."Ya Allah..Syukur kerna aku mempunyai mata..moga aku menggunakan nikmat penglihatan tersebut kepada perkara yang engkau redhai.." hatiku merintih..

"Mahal la dik..kalau dapat rm 38 pak cik beli..".Maaf pak cik saya dah tak boleh bagi kurang..balas sahabat ana lagi. tak apalah bang...dik..terima kasih banyak-banyak sudi melayani kami..kata isterinya sambil meletakkan kain tersebut..sebelum mereka beredar isterinya menghulurkan tangan bersalaman dengan pemilik (sahabat ana) gerai itu. "Mulianya akhlak makcik.." Bisik hati kecilku..

Sesungguhnya secara zahir kalian digelar buta..namun hakikatnya kalian mempunyai mata hati.. celik..bahkan lebih celik dari mereka yang mempunyai mata. Kalian dapat menilai mana yang cantik dan menarik, kalian bersikap lemah lembut selari dengan kehendak agama..kalian tabah tetap menjalani kehidupan seperti mereka yang normal...

Duhai insan..bersyukurlah dengan segala pencaindera yang Allah kurniakan..peliharalah ia..jagalah ia..segalanya tidak ternilai..sungguh hebat ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana..syukurilah nikmatnya..