BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 6, 2009

AKIBAT TIDAK MAHU MENDENGAR NASIHAT IBU

Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni..."."Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak..."

"Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......". "tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya......

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.
Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir

5 jam Aziz memandu. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung.

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Aziz
terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area

lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......"
namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya "aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu....sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....

namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati, tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya......"Argh...bukan" dikuatkan semangatnya.

Semakin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.

"orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... "

segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar......
"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi

tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya

tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula......"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......

"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!1" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz.
"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.................."

mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....
" ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZZZZZZE"

Anak Contoh


""Dalam satu kelas darjah satu, seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya, "Kamu hendak ke mana? Syurga atau neraka? Siapa yang hendak ke syurga.. angkat tangan...!!"

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "Siapa hendak ke neraka?"

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi. Dengan kehairanan ustaz itu bertanya, "Bila saya tanya nak masuk syurga.. awak tak angkat tangan. Bila saya tanya nak ke neraka pun.. awak tak angkat tangan. Habis awak nak ke mana??"

Jawab murid itu, "Saya tidak mahu pergi ke mana ustaz. Bapa saya suruh saya datang sini belajar. Dia pesan jangan pergi ke mana-mana, tunggu sampai dia jemput."

TELEFON

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!!

Mula lah berangan tu......berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar, juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...

orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata... "Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"

KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.

Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.

Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi. "Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Asslamualaikum...ana ada simpan satu khazanah ilmu ni, yang tersimpan di adalam laptop ana, kat sini ana publishkan untuk dikongsikan bersama..iaitu berkaitan dengan dengan:

Tanda-tanda awal jatuh cinta.....

antum ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu antum asyik
ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah
makan ke belum..dia ingat kat antum ke tak.

antum jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,

antum jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia
antum automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Uiii.. antum cemburu bila dia bercerita tentang
kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia
jumpa..Kekadang antum rasa kecik hati dengan dia sebab
asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari antum.

antum dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila
dapat jumpa dia antum rasa macam dunia ni antum yang punya.
Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata antum tapi antum
pun hairan kenapa antum mesti ada perasaan macam tu
terhadap dia..

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja
pemberian darinya antum simpan sampai penuh almari rumah
u..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian
darinya pasti mampus lipas tu antum gigit
balik...uiii..ganehnyer..
Kadang kala antum sengaja buat perangai nak bagi dia jeles
kat antum tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya antum
sendiri yang makan hati..tapi antum tak sedar kenapa antum
buat macam tu..kenapa antum nak bagi dia jeles kat antum?

antum percaya padanya. antum sedia berkongsi apa saja cerita
dengannya. antum juga suka mendengar celotehnya walaupun
kadang-kala ceritanya membosankan antum tapi antum tetap sudi
melayan karenahnya.

Bila family antum sebut pasal jodoh, antum cakap belum ada
calon tapi dalam kepala otak antum dok terbayang-bayang antum
bersanding dengan dia..


Hmm...itu adalah secebis perasaan antum kat dia namun
apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan
biasa..kenapa antum treat dia baguih semacam jer? Alah
mengaku sajalah yang antum ni dah jatuh hati padanya..

antum tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian
daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA.
Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri antum
sendiri. antum tau kenapa? Sebab antum punya ego tu tinggi
sangat...apa susah sangat ker antum nak bagitau yang antum ni
betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry
kalau antum ni perempuan memang la susah sikit takut
perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada
cara tersendiri..