BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 24, 2010


Kekasihku...

Saya nak share tentang kekasih saya...di dalam tulisan ni saya taip huruf besar sebab Dia amat special ..dan saya amat-amat cinta dan sayang padaNya.


penyanyang sifatnya..betul!saya tidak tipu..pure cintalah boleh diketegorikan. apa tidaknya, masa saya susah saya minta tolong pada Dia, sure akan datang bantuan..bila saya susah hati, saya ngadu je pada Dia direct..yang bestnyer bila dah mengadu rasa peace je..ish!beruntung sungguh dapat kekasih macam ni, tidak pernah menyakitkan hati..bila-bila masa je boleh contact Dia..yang seronoknya betul-betul rasa dekat dihati..


Dia tak kisah pun jika saya lupa padaNya, tapi akan rugi la saya..sebab kalau saya ingat Dia macam-macam yang akan saya dapat..tak kiralah material atau spiritual..erm memeang kekasih sejatilah..bila saya rindu kat Dia saya baca je surat-surat yang Dia bagi tu..macam-macam nasihat ada di dalamnya..siap dengan contoh lagi untuk saya lebih faham..


kadang-kadang saya jealos juga sebab ramai yang jatuh hati padaNya, so..saya kena betul-betul berusaha bab kata orang putih what you give you get back..kekasih saya ni baik sangat-sangat. Perfect..tu yang kadang-kadang area pukul 3-5 pagi, tu pun kalau saya terjaga saya contact Dia sebab rindu sangat-sangat..


sebenarnya kekasih saya ni teramatlah kaya-raya..billionaire..millionaire.dan apa-apa nairelah lagi..pemurah sangat..semua keperluan hidup saya Dialah yang support...emm sebenarnya saya belum lagi jupa Dia..tapi saya kena sentiasa bersedia tuk jumpa Dia..lagi pun kekasih saya ni dah janji suatu hari mesti jumpa..sekarang saya ni menghitung hari..tapi kecut perut juga..takut!! saya mesti prepare awal-awal..


Daripada surat-surat Dia tu..saya tahu apa yang Dia suka dan apa yang Dia tidak suka...saya mestilah nak buat apa yang Dia suka..Dia berjanji akan bagi hadiah yang amat special yang tidak pernah terfikir oleh akal kepada yang Dia sayang..mesti indah hadiah tu..tak sabar untuk saya melihatNya....


Allah s.w.t...itulah kekasihku....Tuhan Yang Maha Agung...

Bersuara atau Diam????
Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; "barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata kata-kata yang baik atau diam.."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Sabar itu iman, Duit bukan kawan, Dunia hanya pinjaman dan Mati tidak berteman..silence is golden when you don't have a good answer..

Tajamkan fikiran anda dengan:
  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi
  • bercakap dengan orang soleh
Kuatkan penglihatan anda dengan:
  • bercelak sebelum tidur
  • memandang pokok-pokok hijau
  • berpakaian bersih


Mencari kemanisan iman


Rasulullah S.A.W. bersabda ,”tiga perkara yang siapa melakukannya akan dapat merasai kemanisan iman , iaitu ;


• dia mencintai Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. melebihi segala-galanya ,

• dia mencintai seseorangsemata-mata kerana Allah S.W.T. dan

• dia amat membenci kemungkaran, sepertimana dia benci dicampakkan ke Neraka jahanam.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)