Setiap detik aku menunggu kedatanganmu...
tidak sabar rasanya untuk ku tatap wajah sucimu..
yang dulu sentiasa menatap wajahku...
kini kita tidak lagi seperti dulu..
kerana daku sentiasa meninggalkan mu...
musafir diri mencari ilmu...
Tiada apa yang ku harap darimu...
melainkan doa dan restu..
bukan emas dan harta yang ku tunggu darimu..
tetapi restu yang sentiasa mengiringi hidupku..
Jutaan terima kasih ku ucapkan..
atas segala jasa dan pengorbanan..
jua doa yang selalu dikau panjatkan..
kejayaan ku ini adalah kejayaan kalian..
dengan izin Tuhan yang bersifat al-Rahman..
jua apa yang ku impikan..
Bonda...ayahanda...
ku amat menyayagi kalian..
ku amat menyayagi kalian..
semoga kalian sentiasa dirahmati Tuhan..
bahagia di dunia dan di akhirat yang berkekalan..
bahagia di dunia dan di akhirat yang berkekalan..