Air Mata seorang pendidik
Beberapa hari yang lepas, ana dan dua sahabat baik ana iaitu Aisyah dan Adilah menemuramah seorang pensyarah yang pernah mengajar kami bagi subjek Sejarah "Pemikiran Islam". Sebenarnya kami bertiga sedang buat kajian bagi salah satu subjek wajib Universiti (PPU).
kami seronok sekali dapat berdamping secara dekat dengan insan yang amat berjasa ini. persoalan demi persoalan kami tujukan kepadanya. "Apa harapan ustazah pada pelajar-pelajar ustazah??"ana bertanya padanya. Dalam diam, tiba-tiba je air matanya yang jernih mengalir di pipi lalu disapunya. kami saling berpandangan. Sambil tersenyum dia menjawap: "saya berharap student-student saya berjaya, apa yang penting mereka mesti tahu apakah matlamat hidup yang sebenar. tugas kita atas muka bumi ini adalah sebagai hamba dan khalifah, jadi kita kena mainkan peranan kita." Sambil air matanya mengalir lagi.
"Kadang-kadang student ni datang lambat ke kuliah..bila di tanya kenapa, alasannya tidur". dia seolah-olah kecewa dengan sikap student yang datang lewat ke kelas. "Saya nak lihat student saya semuanya berjaya jadi insan yang berguna..taat pada agama dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. tiada yang paling membahagiakan melainkan bila melihat anak didik berjaya. Bila kamu menjadi seorang guru kamu akan dapat merasainya.." Begitulah luahan hati dan harapan seorang pendidik. Mereka sama seperti ibubapa kita, hanya mahu melihat kita berjaya dan bahagia.........