BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, December 29, 2009

Jangan, jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain
cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki
(selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori
seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau
sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan
tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan
pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama
manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rusak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja
kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal
kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana itu adalah ciri-ciri
munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama
dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Bahagie nye dapat pakwe macam die...


Bahagie nye dapat pakwe macam die...Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...Tapi takut nanti jari kitorang tak
boleh tolong each other
Di satu hari yang amat dahsyat depan
yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang dijanjikan

Saya suka tengok awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang
Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap
Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh
syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..Die tanya apa ubatnya?

Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla
bla bla bla"katenya...

Tapi bila tengok movie sama-sama burn
asar maghrib gitu Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
klau bleh Nak jumper die slalu

...Yang forever punye forever...

Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama...Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/S - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu
Semoga saya pun dapat ambik iktibar...
Wassalam


Untuk santapan rohani kita semua... renungkanlah........

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.


EM KENAPA YE?

Kenapa kita tak ada masa untuk baca Al-Quran at least satu mukasurat sehari?

*Sebab ada banyak rancangan kat tv yg nak kena tengok, banyak keja nak buat.

“Tak cool la weih kalau aku tak tau perkembangan hiburan terkini.”
“Cerita tu best…”
“Nanti besok nak borak-borak dengan kawan-kawan aku, malulah kalau aku tak tahu jalan cerita ni.”
“Kejap lagi nak gi datingla..”
“Awek aku suruh gi anta dia balik umah nenek dia la..”
“Ala, kekasih nak call nih…”

Kenapa kita tak ada masa nak baca bahan bacaan ilmiah yang membawa kepada peningkatan ilmu dan iman kita?

*Sebab ada banyak novel-novel yang kita tak habis baca lagi.

“Isk kena baca novel nih…kawan aku kata best.”
“Wah sinopsis cerita ni cam best jek..cam ade kene mengene ngan hidup aku lak.”
“Tak boleh jadi nih.. kawan-kawan aku semua dah baca novel nih.”
“Kena beli novel nih untuk melengkapkan koleksi novel aku yang ke dua ratus empat puluh lapan.”

Kenapa kita ada terlalu banyak masa untuk berimaginasi atau berangan?

*Apa lagi? Sebab merasakan yg kita ni hero atau heroin dalam cerita-cerita telenovela atau drama yang kita tengok tu lah.. Ataupun sebab merasakan yang lagu terbaru kat radio tu sesuai sangat dengan pergolakan hidup kita sekarang ni.

“Isk kesian heroin tu, hero die mati.. Kalau aku jadi die….”
“Ish apela lembab sangat hero nih..cakap jelah yang ko suke kat die!”
“Lagu ni best lah..sesuai bagi kat x-boyfren aku yang lari ngan pompuan lain tuh.”

Kenapa kita susah sangat nak hafal Quran?

*Sebab banyak maksiat yang kita lakukan. Maksiat fizikal, maksiat hati, maksiat mata, maksiat telinga…dan juga, kita lebih selesa menghafal lagu-lagu yang melalaikan.
pesanan untuk diri sendiri

Monday, December 28, 2009

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.

Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.

Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

Sunday, December 27, 2009

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:


Semalam : sudah berlalu dan telah menjadi sejarah

Hari ini : Apa yang kita sedang lakukan

Esok : Hari yang belum pasti


Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:


Nafas Naik : Hargailah yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALLAH secara percuma dan carilah keredhaanNya.


Nafas Turun : Bertaubatlah dalam nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:

Hidup dalam keredhaan Allah

Hidup dalam kemurkaan Allah


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal didalam neraka.

Kekal didalam syurga

Sunday, December 20, 2009

PESAKIT & DOKTOR

Seorang pesakit bermati-matian memujuk seorang doktor agar tidak membedahnya.

"saya yakin saya tidak mempunyai sebarang penyakit yang serius kecuali merasa gatal dalam perut sahaja." Kata pesakit itu.

"Baiklah, kalau begitu mari saya segera keluarkan."Kata doktor.
Adakah ia harus dikeluarksn hanya kerana gatal sikit doktor?
"tentu saja, setelah dikeluarkan barulah kita boleh menggarunya...jawap doktor dengan tidak sabar-sabar.



Wednesday, November 11, 2009

SMS dari BUMI

Berkata Anas bin Malik R.A. : sesungguhnya setiap hari bumi menyeru manusia dengan 10 perkara:

1. wahai anak adam,kamu berjalan di atasku akhirnya kamu akan kembali ke dalam perutku.

2. kamu berbuat maksiat di atas belakangku,kelak kamu akan diseksa di dalam perutku.

3. kamu bergurau di atas belakangku,kelak kamu akan sunyi di dalam perutku.

4. kamu memakan makanan yang haram di atas perut, kelak mayat kamu akan dimakan oleh ulat di dalamnya nanti.

5. Kamu bergembira di atas belakangku, kelak kamu akan merasa susah di dalam perutku.

6. kamu sombong dalam kehidupanmu di atas belakangku, kelak kamu akan hina di dalam perutku.

7. kamu berjalan di dalam cahaya di atas belakangku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

8. kamu mengumpul barang yang haram di atas pundakku, kelak kamu akan hancur di dalam perutku.

9. kamu berjalan dengan sukaria di dalam kehidupan duniamu,tetapi kamu akan jatuh kesedihan di dalam perutku.

10. kamu berjalan untuk berjemaah di atas belakangku,akan tetapi kamu akan bersendirian di dalam perutku......."

Pengajaran Daripada Satu Tamparan


ADA seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong.

di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan tiga pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab.

Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Professor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Aliah.

Pemuda: Saya ada tiga pertanyaan. Yang pertama, kalau benar tuhan itu ada, tunjukan kewujudan

tuhan kepada saya? Kedua, apakah yang dinamakan takdir? Ketiga, kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sarna. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?


Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si pemuda itu dengan kuat.

Pemuda: (Sambil menahan sakit)

Kenapa Pak Imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah... Tamparan itu adalah jawapan saya untuk tiga pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya tidak faham!

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih!

Pak Imam: Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: ya!

Pak Imam: Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda: Tak boleh pak imam...

Pak Imam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudan-Nya. Adakah mal am tadi 'awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?

Pemuda: Tidak!

Pak Imam: Apakah awak pernah

terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda:Tidak!

Pak Imam: Itulah yang dinamakan takdir. Terbuat dari apakah tang an yang saya gunakan untuk menampar awak

ini?

Pemuda: Kulit dan daging.

Pak Imam: Dibuat daripada apakah pipi Iawak itu?

Pemuda: Kulit dan daging.

Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit dan pedih!

Pak Imam: Itulah, walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka dibuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan. Walaupun sama unsur asalnya.

5 Racun dan 5 Penawarnya


1. Dunia itu adalah racun dan

zuhud adalah penawarnya


2. Harta itu racun dan zakat

itu ubatnya


3. Seluruh tahun itu racun dan

Bulan Ramadhan itu ubat-nya


4. Perkataan sia-sia itu racun, diam adalah ubatnya

5. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

Monday, November 9, 2009

TALKIN DETIK TERAKHIR

..Debar....gerun..insaf..


Talkin yang selalu dibaca utk orang yg
meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah
mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg
kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad
dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."

Surah Al-A'sr Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah
pesanku walaupunpun satu ayat..."

wallahualam~

Ulama’ vs Peramugari

Seorang ulama’ sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk penerbangan ke sebuah negeri. Apa-bila tiba waktu solat, tanpa berlengah- lengah dia pun menuju ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: “(dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki itu, sebab ia akan mengotorkan tangki.” Ulama’: “(dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?”

Pramugari: “(dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.”
Ulama’: “(dengan bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.”

Friday, November 6, 2009

AKIBAT TIDAK MAHU MENDENGAR NASIHAT IBU

Mak Aziz balik dulu Mak", "Aziz..... Mak kata jangan balik dah malam ni, pagi esok jerla balik dah pukul sembilan ni..."."Tak boleh Mak Aziz kena balik malam ni juga, banyak kerja kat office tu yang tergendala mak..."

"Aziz, besoklah balik , bukan apa mak melarang ni, mak risau kamu balik malam-malam ni pulak tu sesorang, bukan dekat Kubang Kerian ker KL tu......". "tak apalah Mak, Aziz balik dulu assalammualaikum" lantas Aziz mengucup tangan ibunya dan terus memasuki perut kereta Honda yang baru seminggu dimilikinya......

"emmmmm.... Boring betullah.." rungut Aziz seorang diri lantas menutup gelombang radio ERA setelah boring mendengar Jamal Jamalludin berceloteh.
Dijelingnya jam yang terpahat pada keretanya, detik jam 2 pagi, kini hampir

5 jam Aziz memandu. Ditolehnya kiri dan kanan, lebuhraya semangkin lengang mungkin kerana masing-masing sudah sampai ke destinasi yg ditujui setelah seminggu menyambut hari raya korban dikampung.

"emmmmm...baru sampai lebuhraya karak..., dah dekat gak ni.." tiba-tiba Aziz
terkedu, peluh mula memercik, bulu romanya berdiri, dikepalanya mula berligar-ligar kata-kata temannya " kou kalau balik Kelantan tu kena hati-hati jangan balik malam-malam sangat, bahaya....tambah-tambah lagi area

lebuhraya karak tu....kemalangan selalu terjadi sebab jumpa makhluk ghaib......"
namun kata-kata temannya itu ditolakya jauh-jauh, didirikan semangatnya "aaaarghhhh........ngarut jer...mana ader hantu....sekarang ni zaman internet jer ....sekarang ni..hantuu semua tinggal dlm hutan.." kata Aziz keseorang mententeramkan hatinya yang tidak tenteram....

namun akhirnya tenteram juga setelah Aziz membaca ayat-ayat suci al-quran... Aziz masih di lebuhraya karak ditekannya pedal minyak seperti biasa, Aziz memang selalu berhati-hati, tiba-tiba, jauh dihadapan, Aziz terpandang kelibat objek putih yang seolah-olah terpacak ditepi jalan, peluh nya mula memercik kembali "hantu ker?"soal hatinya......"Argh...bukan" dikuatkan semangatnya.

Semakin hampir.......,dan semangkin jelas pandangan Aziz terhadap objek itu,rupa-rupanya seorang perempuan tua berbaju putih berkain batik dan bertudung putih berdiri ditepi jalan, kelihatan ditangannya menjinjing sebuah baldi hitam.

"orang rupanya ingatkan hantu" begitu celupar mulut Aziz berkata-kata, hilang perasaan takut Aziz dan kini diselubungi pula dengan perasan kesihan pula. Segera Aziz memberhentikan keretanya disisi perempuan tua itu dan mempelawa menumpangkan perempuan tua tersebut....."mak cik nak kemana ni biar saya tumpangkan, makcik naiklah... bahaya sesorang malam-malam ni....... "

segera Aziz membuka pintu disebelahnya......tanpa berkata apa-apa perempuan tua tersebut menudingkan jarinya kehadapan menandakan bahawa dia ingin turun dihadapan. Kemudian perempuan tua tersebut memasuki dan terus menutup pintu kereta...."terima kasih nak" kata perempuan tua itu dengan suara yang garau dan langsung tidak memandang muka Aziz sebaliknya memalingkan mukanya keluar tingkap ......perasaan takut Aziz kembali lagi apabila mendengar suara perempuan tua tersebut.......garau sungguh menyeramkam........

"aapaaa....mak cik buat seeeeseorang kat tapi jalan ni, baaaahaaaaayaaaaa mak cik, malam pulak tu"kata aziz terketar-ketar......
"sebenarnya, mak cik pergi cuti darah anak mak cik yang meninggal akibat kemalangan ditempat mak cik berdiri tadi......." Kata perempuan tua itu lagi

tetapi masih tidak memandang muka Aziz "apa darahhhhh!!!!!!!!" jerit Aziz terkejut, peluhnya semangkin banyak memercik.....mengeletar anggota badannya

tetapi terpaksa Aziz melawan ketakutannya agar dia tidak terbabas memandu kerana terkejut dan akan melibatkan kemalangan pula......"yer....anak mak cik mati sewaktu kemalangan pagi tadi, jadi tak baik kita biarkan darah orang yang mati kering begitu saja, nanti jilat di langsuir........"kata perempuan tua itu dengan suaranya yang garau.......semangkin kuat anggota badan Aziz mengeletar......ditolehnya kearah perempuan tua itu........tetapi perempuan tua itu memalingkan mukanya......

"burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!!1" tetiba baldi yang perempuan tua itu bawa bergerak-gerak lantas mengeluarkan buih berwarna biru dan beansur-ansur bertukar menjadi putih........ burghhhh......burghhhh........burghhhh!!!!!!!! melimpah-limpah buih itu memenuhi ruang depan dalam kereta, Aziz mengeletar tak terlintas dikepalanya utk membaca ayat-ayat suci al-quran kerana terlalu takut "maaaaaaaaak ciiiiiik keeeeenaaaapaaaaa baaaaldi maaaaaaaak cik itu berbuihhhhhhhhhhh" dengan sekelip mata perempuan tua itu berpaling kearah Aziz.
"hiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii..........hiiiiiiiiiii.................."

mengilai perempuan tua itu lantas berkata.....
" ITULAH KELEBIHAN BREZZZZZZZZZZZZZZZE"

Anak Contoh


""Dalam satu kelas darjah satu, seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya, "Kamu hendak ke mana? Syurga atau neraka? Siapa yang hendak ke syurga.. angkat tangan...!!"

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi, "Siapa hendak ke neraka?"

Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi. Dengan kehairanan ustaz itu bertanya, "Bila saya tanya nak masuk syurga.. awak tak angkat tangan. Bila saya tanya nak ke neraka pun.. awak tak angkat tangan. Habis awak nak ke mana??"

Jawab murid itu, "Saya tidak mahu pergi ke mana ustaz. Bapa saya suruh saya datang sini belajar. Dia pesan jangan pergi ke mana-mana, tunggu sampai dia jemput."

TELEFON

Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...

Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!!

Mula lah berangan tu......berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar, juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...

orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata... "Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"

KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya.

Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya.

Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Sebaik sahaja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

KEJUJURAN SEORANG SAUDAGAR PERMATA

Pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh saudaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah seorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu. Maka terjadilah jual beli di antara badwi itu dan penjaga kedai yang diamanahkan tuannya tadi.

Satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya empat ratus dirham. Saudara kepada Yunus menunjukkan suatu barang yang sebetulnya harga dua ratus dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tadi tanpa diminta mengurangkan harganya tadi.

Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bin Ubaid lalu bertanya kepada si badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. Sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah dari kedainya. Saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"
Badwi itu menjawab, "Empat ratus dirham." "Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada saudara." Kata saudagar Yunus lagi. "Biarlah, ia tidak perlu. Aku telah merasa senang dan beruntung dengan harga yang empat ratus dirham itu, sebab di kampungku harga barang ini paling murah lima ratus dirham."

Tetapi saudagar Yunus itu tidak mahu melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya juga agar badwi tersebut balik ke kedainya dan bila tiba dikembalikan wang baki kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar, berkatalah saudagar Yunus kepada saudaranya, "Apakah kamu tidak merasa malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan dua kali ganda?" Marah saudagar Yunus lagi. "Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham." Saudaranya cuba mempertahankan bahawa dia dipihak yang benar. Kata saudagar Yunus lagi, "Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul satu amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri."

Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga-peniaga kita yang beriman, amatlah tepat. Kerana ini menunjukkan peribadi seorang peniaga yang jujur dan amanah di jalan mencari rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman dan tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda, "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas dan memberi rezeki dan sesungguhnya aku harap bertemu Allah di dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga." (Diriwayat lima imam kecuali imam Nasa'i)

KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH


Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali. Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Asslamualaikum...ana ada simpan satu khazanah ilmu ni, yang tersimpan di adalam laptop ana, kat sini ana publishkan untuk dikongsikan bersama..iaitu berkaitan dengan dengan:

Tanda-tanda awal jatuh cinta.....

antum ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu antum asyik
ingat kat dia sorang jer..dia sihat ke tak..dia dah
makan ke belum..dia ingat kat antum ke tak.

antum jadi resah gelisah kalau tak dapat dengar suara dia,

antum jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia
antum automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang..

Uiii.. antum cemburu bila dia bercerita tentang
kecantikan/kehenseman perempuan/lelaki yang dia
jumpa..Kekadang antum rasa kecik hati dengan dia sebab
asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari antum.

antum dapat jumpa dia sekali jer dalam sebulan so bila
dapat jumpa dia antum rasa macam dunia ni antum yang punya.
Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata antum tapi antum
pun hairan kenapa antum mesti ada perasaan macam tu
terhadap dia..

Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja
pemberian darinya antum simpan sampai penuh almari rumah
u..Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian
darinya pasti mampus lipas tu antum gigit
balik...uiii..ganehnyer..
Kadang kala antum sengaja buat perangai nak bagi dia jeles
kat antum tapi dia sikit pun takder respon sebaliknya antum
sendiri yang makan hati..tapi antum tak sedar kenapa antum
buat macam tu..kenapa antum nak bagi dia jeles kat antum?

antum percaya padanya. antum sedia berkongsi apa saja cerita
dengannya. antum juga suka mendengar celotehnya walaupun
kadang-kala ceritanya membosankan antum tapi antum tetap sudi
melayan karenahnya.

Bila family antum sebut pasal jodoh, antum cakap belum ada
calon tapi dalam kepala otak antum dok terbayang-bayang antum
bersanding dengan dia..


Hmm...itu adalah secebis perasaan antum kat dia namun
apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan
biasa..kenapa antum treat dia baguih semacam jer? Alah
mengaku sajalah yang antum ni dah jatuh hati padanya..

antum tau tak mengikut survey, itu adalah sebahagian
daripada tanda-tanda awal orang yang dah JATUH CINTA.
Perasaan tu sedikit sebanyak akan menyiksa diri antum
sendiri. antum tau kenapa? Sebab antum punya ego tu tinggi
sangat...apa susah sangat ker antum nak bagitau yang antum ni
betul-betul falling in love kat dia..ops..i'm sorry
kalau antum ni perempuan memang la susah sikit takut
perigi cari timba pulak kan..tapi setiap orang ada
cara tersendiri..

Thursday, November 5, 2009



Hatimu sayu????
jika sayu itu kerana engkau gagal dalam ujian
bisikkan pada hatimu agar bersabar
kerana kegagalan itu bukan beerti kita gagal untuk selama-lamanya
masih ada peluang untuk terus mencuba
muhasabah semula mungkin juga ada yang tidak kena pada diri kita...

Hatimu sedih???
jika sedih kerana ditinggalkan oleh mereka yang kau cinta
pujuklah hatimu
itulah hakikat cinta manusia
tidak kekal untuk selama-lamanya
sampai masa berpisahlah kita


Wednesday, October 28, 2009

Anugerah

Teman..
engkau anugerah Tuhan
Buat diriku bernama insan
hidupku sunyi tanpamu teman
Kehadiranmu membawa ketenangan

Teman..
Engkau ibarat cahaya rambulan
menceriakan suasana di waktu malam
begitulah dirimu ku ibaratkan
tanpamu hidupku tak tenteram

Teman..
Benarkan diriku menyanyangimu
seikhlas jiwa dan ragaku
ku harap dirimu pun begitu
menerima diriku sejujur kalbumu

Teman..
Persahabatan adalah anugerah
juga amanah dari Allah
peliharalah ia agar tidak musnah
moga ia kekal hingga ke Jannah

Tuesday, October 20, 2009

Warkah buat insan yang ku sayang....


cahaya hikmah itulah maksud namamu...
seorang yang bijak namun engkau cukup pemalu..

Masih kuingat disuatu ketika dulu..
engkau kubelai,dan ku bawa ke setiap arah tujuku...
menemani dikau yang ditinggalkan ibu...
kerana terpaksa berada disisi saudaramu...

Aku mendukungmu tanpa rasa penat jemu..
aku menghiasmu supaya nampak ayu..
aku lena dipangkuanmu...
kerana kasih ku sentiasa di sampingmu...

Sungguh cepat masa berlalu...
kini dikau sedang menuntut ilmu...
digedung ilmu yang pernah ku singgah dulu..
bersama saudara-saudara kandungku..

Namamu menjadi sebutan para guru...
kerana bakat yang ada padamu...
engkau menjadi sasaran pengajarmu...
mewakilkan diri untuk sekolah mu...

Tidak pernah kucemburui pada dirimu...
jika bakatmu lebih dariku..
segala apa yang ada padamu...
menjadi kebanggaan buat diriku...

Ketahuilah adikku ku sayang padamu...
ku ingin melihat kau bahagia selalu..
jadilah permata ayah bondamu...
jua keluarga yang menyayangimu...

Saturday, October 17, 2009

Tapi

Ku hitung-hitung sudah sekian lama ku bertapak di bumi ini..
Hari demi hari yang berlalu semakin mematangkan diriku..
langkah demi langkah ku mencari kehidupanku.., di jalanan yang penuh dengan liku-liku..
banyak sungguh cabang kehidupan ini..namun, aku mesti tahu mana hala tujuku...

Alangkah seronoknya jika hidup dikelilingi kemewahan..tapi lebih seronok jika ku dapat keredhaan Tuhan..
Bahagianya hidup jika aku disayangi ramai orang..tapi lebih bahagia jika aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang di cintai ar-Rahman..
Senangnya hati jikaku berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan...tapi lebih tenang jika ku berjaya dari siksaan azab Tuhan...

Wednesday, October 14, 2009


Lebih Baik Berterus terang


Lebih baik berterus terang
jangan asyik pendam-pendam
hati tenang jiwa lapang
jadi senang wajah tak muram...

Lebih baik berterus terang..
dari diam macam tiang
kelak hati nak meradang
asyik-asyik nak marah orang...

Lebih baik berterus terang
kalau kita nak kebaikan
luahkan segala apa yang dirasakan
baru kita kita disayangi orang....

Sunday, October 11, 2009

Jangan Pandang Sebelah Mata

Jangan pandang sebelah mata..

pada insan yang baru kita jumpa
Walau kelihatan selekeh bak orang kecewa
silap-silap dia orang bijaksana

Jangan pandang sebelah mata
pada orang sekeliling kita
jika kita lebih dari mereka
boleh jadi akhlak mereka lebih mulia

Jangan pandang sebelah mata
pada sahabat yang kurang bijak dari kita
takut nanti kita kecewa
kerana mereka lebih berjaya
hidup senang dari kita..

Friday, October 9, 2009

Aduhai hati

Aduhai hati...
Teguhkanlah pendirianmu...
Kuatkanlah keyakinanmu...
Jangan goyah...
moga dikau tidak kalah...

Aduhai hati...
engkaulah yang memimpin diri ini..
engkaulah raja pada anggota diri...
kerana engkaulah aku bersembunyi...
dari kelekaan hasutan duniawi...

Aduhai hati...
engkau kerap diuji....
oleh segala bayangan yang manusia ingini...
janganlah engkau lupa apa yang dikau janji..
menjadi seketul hati yang suci..
demi mencari redha ilahi...

Thursday, September 10, 2009

Air mata seorang Pensyarah


Air Mata seorang pendidik


Beberapa hari yang lepas, ana dan dua sahabat baik ana iaitu Aisyah dan Adilah menemuramah seorang pensyarah yang pernah mengajar kami bagi subjek Sejarah "Pemikiran Islam". Sebenarnya kami bertiga sedang buat kajian bagi salah satu subjek wajib Universiti (PPU).

kami seronok sekali dapat berdamping secara dekat dengan insan yang amat berjasa ini. persoalan demi persoalan kami tujukan kepadanya. "Apa harapan ustazah pada pelajar-pelajar ustazah??"ana bertanya padanya. Dalam diam, tiba-tiba je air matanya yang jernih mengalir di pipi lalu disapunya. kami saling berpandangan. Sambil tersenyum dia menjawap: "saya berharap student-student saya berjaya, apa yang penting mereka mesti tahu apakah matlamat hidup yang sebenar. tugas kita atas muka bumi ini adalah sebagai hamba dan khalifah, jadi kita kena mainkan peranan kita." Sambil air matanya mengalir lagi.

"Kadang-kadang student ni datang lambat ke kuliah..bila di tanya kenapa, alasannya tidur". dia seolah-olah kecewa dengan sikap student yang datang lewat ke kelas. "Saya nak lihat student saya semuanya berjaya jadi insan yang berguna..taat pada agama dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. tiada yang paling membahagiakan melainkan bila melihat anak didik berjaya. Bila kamu menjadi seorang guru kamu akan dapat merasainya.." Begitulah luahan hati dan harapan seorang pendidik. Mereka sama seperti ibubapa kita, hanya mahu melihat kita berjaya dan bahagia.........