BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 20, 2009

Warkah buat insan yang ku sayang....


cahaya hikmah itulah maksud namamu...
seorang yang bijak namun engkau cukup pemalu..

Masih kuingat disuatu ketika dulu..
engkau kubelai,dan ku bawa ke setiap arah tujuku...
menemani dikau yang ditinggalkan ibu...
kerana terpaksa berada disisi saudaramu...

Aku mendukungmu tanpa rasa penat jemu..
aku menghiasmu supaya nampak ayu..
aku lena dipangkuanmu...
kerana kasih ku sentiasa di sampingmu...

Sungguh cepat masa berlalu...
kini dikau sedang menuntut ilmu...
digedung ilmu yang pernah ku singgah dulu..
bersama saudara-saudara kandungku..

Namamu menjadi sebutan para guru...
kerana bakat yang ada padamu...
engkau menjadi sasaran pengajarmu...
mewakilkan diri untuk sekolah mu...

Tidak pernah kucemburui pada dirimu...
jika bakatmu lebih dariku..
segala apa yang ada padamu...
menjadi kebanggaan buat diriku...

Ketahuilah adikku ku sayang padamu...
ku ingin melihat kau bahagia selalu..
jadilah permata ayah bondamu...
jua keluarga yang menyayangimu...

Saturday, October 17, 2009

Tapi

Ku hitung-hitung sudah sekian lama ku bertapak di bumi ini..
Hari demi hari yang berlalu semakin mematangkan diriku..
langkah demi langkah ku mencari kehidupanku.., di jalanan yang penuh dengan liku-liku..
banyak sungguh cabang kehidupan ini..namun, aku mesti tahu mana hala tujuku...

Alangkah seronoknya jika hidup dikelilingi kemewahan..tapi lebih seronok jika ku dapat keredhaan Tuhan..
Bahagianya hidup jika aku disayangi ramai orang..tapi lebih bahagia jika aku tergolong dalam kalangan orang-orang yang di cintai ar-Rahman..
Senangnya hati jikaku berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan...tapi lebih tenang jika ku berjaya dari siksaan azab Tuhan...

Wednesday, October 14, 2009


Lebih Baik Berterus terang


Lebih baik berterus terang
jangan asyik pendam-pendam
hati tenang jiwa lapang
jadi senang wajah tak muram...

Lebih baik berterus terang..
dari diam macam tiang
kelak hati nak meradang
asyik-asyik nak marah orang...

Lebih baik berterus terang
kalau kita nak kebaikan
luahkan segala apa yang dirasakan
baru kita kita disayangi orang....

Sunday, October 11, 2009

Jangan Pandang Sebelah Mata

Jangan pandang sebelah mata..

pada insan yang baru kita jumpa
Walau kelihatan selekeh bak orang kecewa
silap-silap dia orang bijaksana

Jangan pandang sebelah mata
pada orang sekeliling kita
jika kita lebih dari mereka
boleh jadi akhlak mereka lebih mulia

Jangan pandang sebelah mata
pada sahabat yang kurang bijak dari kita
takut nanti kita kecewa
kerana mereka lebih berjaya
hidup senang dari kita..

Friday, October 9, 2009

Aduhai hati

Aduhai hati...
Teguhkanlah pendirianmu...
Kuatkanlah keyakinanmu...
Jangan goyah...
moga dikau tidak kalah...

Aduhai hati...
engkaulah yang memimpin diri ini..
engkaulah raja pada anggota diri...
kerana engkaulah aku bersembunyi...
dari kelekaan hasutan duniawi...

Aduhai hati...
engkau kerap diuji....
oleh segala bayangan yang manusia ingini...
janganlah engkau lupa apa yang dikau janji..
menjadi seketul hati yang suci..
demi mencari redha ilahi...

Thursday, September 10, 2009

Air mata seorang Pensyarah


Air Mata seorang pendidik


Beberapa hari yang lepas, ana dan dua sahabat baik ana iaitu Aisyah dan Adilah menemuramah seorang pensyarah yang pernah mengajar kami bagi subjek Sejarah "Pemikiran Islam". Sebenarnya kami bertiga sedang buat kajian bagi salah satu subjek wajib Universiti (PPU).

kami seronok sekali dapat berdamping secara dekat dengan insan yang amat berjasa ini. persoalan demi persoalan kami tujukan kepadanya. "Apa harapan ustazah pada pelajar-pelajar ustazah??"ana bertanya padanya. Dalam diam, tiba-tiba je air matanya yang jernih mengalir di pipi lalu disapunya. kami saling berpandangan. Sambil tersenyum dia menjawap: "saya berharap student-student saya berjaya, apa yang penting mereka mesti tahu apakah matlamat hidup yang sebenar. tugas kita atas muka bumi ini adalah sebagai hamba dan khalifah, jadi kita kena mainkan peranan kita." Sambil air matanya mengalir lagi.

"Kadang-kadang student ni datang lambat ke kuliah..bila di tanya kenapa, alasannya tidur". dia seolah-olah kecewa dengan sikap student yang datang lewat ke kelas. "Saya nak lihat student saya semuanya berjaya jadi insan yang berguna..taat pada agama dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. tiada yang paling membahagiakan melainkan bila melihat anak didik berjaya. Bila kamu menjadi seorang guru kamu akan dapat merasainya.." Begitulah luahan hati dan harapan seorang pendidik. Mereka sama seperti ibubapa kita, hanya mahu melihat kita berjaya dan bahagia.........

Tuesday, September 1, 2009

Pelik??

"Pelik tak?.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila
dibawa untuk membeli-belah

Pelik tak?.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir,
tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton TV


Pelik tak?.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang
di panggung

Pelik tak?.. Susah sungguh merangkai kata untuk
dipanjatkan saat berdoa atau
solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila
bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Pelik tak?.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan
waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila
imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan
panjang.

Pelik tak?..Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi
majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun
habis ditelaah.

Pelik tak?.. Orang berebut paling depan untuk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling
belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat
keluar.

Pelik tak?.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu
sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan
agenda kita, tapi untuk acara lain seperti
menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual
kita boleh diubah.

Pelik tak?.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.
Pelik tak?.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa
harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan
apa-apa.

Pelik tak?.. Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan
surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang
berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir
dua tiga kali..