BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 6, 2009



Ya Rahman....
aku amat bersyukur kerana Engkau mengurniakanku ibubapa yang amat penyayang..
ku bersyukur sehingga hari ini aku masih dapat melihat, menyentuh,mencium, bercakap dan bersama dengan mereka...jadikan aku anak yang solehah, tidak lalai dari mengingati ibubapaku...semoga ku sempat untuk membalas cinta mereka....

Duhai ibu dan ayahku....
kalian permata hatiku...
kalian inspirasiku...
sudilah ampuni segala kesalahan, kesilapan andai selama ini anakanda banyak menyakiti kalian...



Terima kasih atas segala pengorbanan kalian...
sesungguhnya anakanda amat kagum dengan semangat kalian untuk mendidik dan membesarkan cahaya mata kalian...

Duhai ibu dan ayahku...
anakanda berharap semoga sempat untuk anakanda membalas jasa kalian...
doakanlah kejayaan anakanda...doakanlah semoga anakanda ini dikuatkan iman agar dapat menjauhi segala perbuatan yang sia-sia...semoga anakanda tidak lalai dan leka dengan hidup ini...

Anakanda amat menyayangi kalian...

Friday, July 24, 2009

Nak Kuih Mana??

Masih ku ingat satu analogi yang dikemukakan oleh pensyarahku, katanya: "jika kamu nak beli kuih, kamu nak pilih kuih yang ditutup dengan saji atau yang tidak ditutup dengan saji??? kami menjawap: "mestilah yang ditutup dengan saji sebab ia bersih, lalat pun tak boleh hinggap dan tak berhabuk..tapi kalau kuih yang tak ditutup mudah dihinggap lalat,berhabuk dan tak bersihla.."



"a....begitu juga kalau nak memilih pasangan hidup..sebagai lelaki kamu mesti nak calon isteri yang baik. Bagi muslimat, kamu perlu menjaga maruah diri..jauhi dari melakukan perkara yang sia-sia..jadilah sepeti kuih yang tertutup tu.." nasihat pensyarah kami.

Aku merenung kembali analogi itu...sungguh menarik dan relevan sekali.

Tuesday, July 21, 2009

Semoga Dikau Tenang di sana


19 Julai 2009 merupakan tarikh bersejarah buatku dan teman2 seperjuanganku...lidahku terhenti dari mengalunkan kalamullah tatkala telefonku bergetar...lantas ku menjawap panggilan tersebut...panggilan itu datangnya dari sahabatku yang kini menjadi presiden persatuan anak negeri Kelantan (PERDANA)di UKM...." sahabat kita Ashraff telah meninggal.." itulah kalimah-kalimah yang dilontarkan"...aku terkedu. jantungku berdenyut kencang secara tiba-tiba. Seakan-akan tidak percaya..Lantas ku bertanya, " betul ke? kenapa?"..

Dia menceritakan hal itu kepadaku...aku menjadi sebak, perlahan-lahan mutiara jernih mulai gugur...Sahabat kami ditimpa kemalangan dan terus meninggal. Berita tentang kematiannya dengan cepat tersebar dikalangan sahabat-sahabat kami baik di USIM, UKM,UIA dan IPTA/S yang lain.

Arwah merupakan seorang penuntut di KUIN Kedah. Kami mengenalinya semenjak tingkatan 4 di Sek.Men.Ugama Arab Taqaddum aL-Maarif. ukhwah yang terbina antara pelajar-pelajar kelas kami cukup baik antara muslimin mahupun muslimat. Namun demikian, kami tetap menjaga batas-batas pergaulan. Kunjung-mengunjung ke rumah-rumah sahabat menjadi amalan kami. lebih-lebih lagi di musim perayaan dan majlis kenduri-kendara. Ukhwah yang terbina tidak hanya terbatas dikalangan kami bahkan keluarga kami juga saling mengenali...

Arwah merupakan seorang yang periang, ringan tulang dan seorang yang amat menjaga penampilan. Arwah juga seorang yang prihatin tentang sahabat-sahabatnya. ketiadaannya satu kehilangan buat kami...arwah ditimpa kemalangan ketika sedang menunggang motosikal. kemalangan tersebut membabitkan sebuah van.Kecederaan yang teruk di bahagian kepala menyebabkan arwah terus meninggal di tempat kejadian..

Setiap yang bernyawa pasti akan mati..berita ini mengingatkanku akan kematian..yang mana kehadirannya akan tiba..Allah S.W.T memberi peluang kepadaku hanya sekali sahaja untuk menikmati kehidupan di dunia ini..dalam hidup ini sesekali kita akan diuji dengan nikmat dan dugaan..cuma iman dan taqwa yang boleh menyelamatkan.. setiap saat amat beharga di dunia ini..kerana apabila kita berada di alam sana (barzakh@akhirat) walaupun sesaat kita tidak berpeluang lagi untuk kembali ke dunia ini..

semoga rohmu dicucuri rahmat Allah S.W.T..amin..

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Sunday, March 29, 2009





Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan
penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah
masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin
sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika
kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.