BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 26, 2010

Nasihat Ibu Tentang Cinta | iLuvislam + discover the beauty of islam

Nasihat Ibu Tentang Cinta iLuvislam + discover the beauty of islam

Kuncinya Ada Pada KIta | iLuvislam + discover the beauty of islam

Kuncinya Ada Pada KIta iLuvislam + discover the beauty of islam

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari | iLuvislam + discover the beauty of islam

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari iLuvislam + discover the beauty of islam

Sunday, August 8, 2010



Setiap detik aku menunggu kedatanganmu...
tidak sabar rasanya untuk ku tatap wajah sucimu..
yang dulu sentiasa menatap wajahku...

kini kita tidak lagi seperti dulu..
kerana daku sentiasa meninggalkan mu...
musafir diri mencari ilmu...
Tiada apa yang ku harap darimu...
melainkan doa dan restu..

bukan emas dan harta yang ku tunggu darimu..
tetapi restu yang sentiasa mengiringi hidupku..

Jutaan terima kasih ku ucapkan..
atas segala jasa dan pengorbanan..
jua doa yang selalu dikau panjatkan..
kejayaan ku ini adalah kejayaan kalian..
dengan izin Tuhan yang bersifat al-Rahman..
jua apa yang ku impikan..


Bonda...ayahanda...
ku amat menyayagi kalian..
semoga kalian sentiasa dirahmati Tuhan..
bahagia di dunia dan di akhirat yang berkekalan..










Saturday, July 31, 2010

Rama-rama & Bunga

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki ini sedih dan tidak faham mengapa pemberianNya berbeza dari permintaannya. Kemudian dia berfikir, mungkin Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.
Dia memutuskan untuk tidak mempersoalkan permintaannya itu. Selepas satu tempoh, dia memikirkan kembali permintaannya yang telah lama dia lupakan.
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri tumbuh pula bunga yang cantik. Dan daripada ulat yang terlindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Pengajaran:
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan tepat dan terbaik. jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini adalah bunga hari esok. Allah mengurniakan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya.

Saturday, April 17, 2010

Tudung Bagi Wanita....

Tudung wanita itu ada empat, iaitu:
1. Tudung pada wajah
2.Tuduh pada mata
3. Tudung pada suara
4. Tudung pada hati

Tudung pada wajah: tidak terlalu menghiaskan wajah sehingga mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.

Tudung pada mata: tidak memandang lelaki lain selain mahramnya. Solehah yang hakiki tidak dipandang dan tidak memandang.

Tudung pada suara: tidak dilunak-lunakkan suara dengan tujuan untuk memikat dan mempesona.

Tudung pada hati: sentiasa mengingati Allah S.W.T dengan tasbih Siti Fatimah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Saturday, March 27, 2010


jadikan aku bidadari



ku ingin menjadi bidadari..

bidadari di hati seorang insani..

yang bergelar suami..



sambutlah segulung keikhlasanku..

bawalah daku bersama-samamu..

ke jalan yang kita ingin tuju..

mencari keredhaan Tuhan yang Satu..