BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 30, 2009

Coretan Buat Bakal Isteri

Hari berganti hari..sungguh cepat masa berlalu..umur makin meningkat..ajal semakin dekat..namun apakah kita sudah bersiap??..apapun semoga hati kita sentiasa tenang mengingati Allah S.W.T walau apa jua keadaan..walau di mana jua kita berada..jauh daripada kelekaan..ingatlah dariNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali..sama-samalah kita saling ingat-mengingati..

Ana tertarik dengan satu coretan yang di tulis oleh seorang hamba Allah yang bergelar Musafir Hidayah, tulisannya bertajuk “Coretan Buat Isteri”. Bagi mereka yang selalu membuka web iluvislam mungkin sudah membacanya. Kepada penulis ana minta izin untuk memaparkan semula coretan yang menarik ini ke dalam blog ana sebagai santapan bagi mereka yang belum membacanya...


Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

"
glitter-graphics.com

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita yang baik, begitulah maksud firman Allah S.W.T dalam surah an-Nur ayat 26. Jodoh, ajal, rezeki, syurga atau neraka tempat kita hanya Allah yang tahu. Tidak perlu kita mengejar ke sana-sini untuk mencari cinta manusia sehingga sedikit demi sedikit maruah kita terhakis. Yakinlah bahawa Allah telah tetapkan segala-galanya untuk kita..sama-samalah kita menjauhkan diri dari melakukan perkara yang sia-sia...


glitter-graphics.com

Friday, August 21, 2009




Alhamdulilah...tidak sangka tahun ini kita masih lagi berpeluang untuk menghidu haruman Ramadhan dan menghirup manisan ibadah puasa...syukurilah kerana masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah dan berpeluang merebut berbagai bonus di bulan mega ini..semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya..hargailah pemberian Allah yang tidak ternilai ini..

Friday, August 14, 2009

Buta Hanya Pada Mata

Baru-baru ini ana telah menghadiri majlis konvokasion kakak ana di Kuin Kedah. susasana cukup meriah di tambah dengan gerai-gerai jualan..gema alunan nasyid yang menenangkan..ana mengambil kesempatan untuk bersua rupa dengan sahabat ana yang telah sekian lama tidak berjumpa. Dia juga membuka gerai jualan dengan menjual pakaian yang beraneka pilihan...

ana hanya duduk melihat pelbagai gelagat si pembeli sambil tersenyum...selang beberapa ketika, datanglah sepasang suami isteri yang buta. Mereka dipimpin oleh anak lelaki mereka, kelihatan budak lelaki itu hampir sebaya dengan adik lelaki ana dalam lingkungan 14 tahun..ana memerhatikan mereka dengan penuh perhatian dan hati ana mulai berkata-kata tanpa suara..

"Duhai anak...sungguh baik budi pekertimu..engkau sentiasa menemani ibubapamu yang buta..mengheret ke sana sini"..ibunya ingin membeli kain tudung bawal berlian..satu persatu anaknya memberitahu warna-warna kain tudung yang ada di situ..ibunya dan ayahnya menyentuh dan mengusap-ngusap kain-kain tersebut sambil menanyakan harga...

"Abang! yang ini cantik"..katanya isterinya. "Ya cantik..sesuai kalau awak pakai.." balas suaminya. " yang ini harganya rm 48.."sahabat ana mencelah. Serentak suami isteri bertanya:"dah tak boleh kurang??"boleh..rm 45." kata sahabat ana. kedua-dua suami isteri tersebut mengusap-ngusap kain tersebut..ana kaku melihat mereka..sayu..rasa insaf hadir serta merta.."Ya Allah..Syukur kerna aku mempunyai mata..moga aku menggunakan nikmat penglihatan tersebut kepada perkara yang engkau redhai.." hatiku merintih..

"Mahal la dik..kalau dapat rm 38 pak cik beli..".Maaf pak cik saya dah tak boleh bagi kurang..balas sahabat ana lagi. tak apalah bang...dik..terima kasih banyak-banyak sudi melayani kami..kata isterinya sambil meletakkan kain tersebut..sebelum mereka beredar isterinya menghulurkan tangan bersalaman dengan pemilik (sahabat ana) gerai itu. "Mulianya akhlak makcik.." Bisik hati kecilku..

Sesungguhnya secara zahir kalian digelar buta..namun hakikatnya kalian mempunyai mata hati.. celik..bahkan lebih celik dari mereka yang mempunyai mata. Kalian dapat menilai mana yang cantik dan menarik, kalian bersikap lemah lembut selari dengan kehendak agama..kalian tabah tetap menjalani kehidupan seperti mereka yang normal...

Duhai insan..bersyukurlah dengan segala pencaindera yang Allah kurniakan..peliharalah ia..jagalah ia..segalanya tidak ternilai..sungguh hebat ciptaan Allah Yang Maha Bijaksana..syukurilah nikmatnya..

Wednesday, August 12, 2009



Duhai teman-teman....
tidak kira siapa jua yang mengenali diriku ini...
ku ucapkan terima kasih kerna sudi menerima diri ini..
sebagai kawan, sahabat dan teman..

Duhai teman-temanku...
terima kasih kerna kalian ingat namaku...ambil berat tentangku..
sesungguhnya diri ini dibekalkan dengan kelebihan dan kekurangan...
ampun dan maaf ku pinta di atas segala kelemahan dan kekurangan diriku ini..



Duhai teman-temanku...
sapalah diriku ini jika aku terleka...
tegurlah daku andai aku terlupa...
doakanlah untuk aku mogaku bahagia...

Duhai teman-temanku...
ingatlah bahawa Allah yang menemukan kita..
hargailah sentiasa apa yang dianugerahkannya...
aku bersyukur adanya kalian semua..
menjadi teman suka dan duka...
menbantuku diperjalanan dunia...
sementara sampai ke alam sana...


terima kasih atas segalanya....

Thursday, August 6, 2009



Ya Rahman....
aku amat bersyukur kerana Engkau mengurniakanku ibubapa yang amat penyayang..
ku bersyukur sehingga hari ini aku masih dapat melihat, menyentuh,mencium, bercakap dan bersama dengan mereka...jadikan aku anak yang solehah, tidak lalai dari mengingati ibubapaku...semoga ku sempat untuk membalas cinta mereka....

Duhai ibu dan ayahku....
kalian permata hatiku...
kalian inspirasiku...
sudilah ampuni segala kesalahan, kesilapan andai selama ini anakanda banyak menyakiti kalian...



Terima kasih atas segala pengorbanan kalian...
sesungguhnya anakanda amat kagum dengan semangat kalian untuk mendidik dan membesarkan cahaya mata kalian...

Duhai ibu dan ayahku...
anakanda berharap semoga sempat untuk anakanda membalas jasa kalian...
doakanlah kejayaan anakanda...doakanlah semoga anakanda ini dikuatkan iman agar dapat menjauhi segala perbuatan yang sia-sia...semoga anakanda tidak lalai dan leka dengan hidup ini...

Anakanda amat menyayangi kalian...