BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, July 31, 2010

Rama-rama & Bunga

Seorang lelaki berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki ini sedih dan tidak faham mengapa pemberianNya berbeza dari permintaannya. Kemudian dia berfikir, mungkin Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan.
Dia memutuskan untuk tidak mempersoalkan permintaannya itu. Selepas satu tempoh, dia memikirkan kembali permintaannya yang telah lama dia lupakan.
Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat pokok kaktus yang hodoh dan berduri tumbuh pula bunga yang cantik. Dan daripada ulat yang terlindung telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Pengajaran:
Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan tepat dan terbaik. jika kita memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh. DURI hari ini adalah bunga hari esok. Allah mengurniakan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepadaNya.